MEDIA sosial sering dijadikan platform luahan perasaan termasuk hal 'dalam kain' yang tidak sepatutnya dijaja kepada umum.
Di laman Thread, seorang wanita mempertikaikan tindakan segelintir individu berusia dan berstatus isteri yang gemar berkongsi kisah peribadi di media sosial.
Dalam ciapan tersebut, dia meminta orang ramai membayangkan situasi apabila seorang ibu dengan bangganya mendedahkan dia digoda pekerja lelaki baharu di tempat kerja.
Anak-anak akan berasa malu apabila kisah keluarga menjadi bahan gosip di pejabat. -Gambar hiasan
"Bayangkan kau sebagai anak, kemudian ada orang mengurat mak kau kat tempat kerja dia.
"Mak kau diam-diam tak cerita pun kat ayah kau, tiba-tiba mak kau update status kat publik.
"Dia tulis begini... ada staf baru masuk suka usha (tengok) kita. Dia belanja air, suka pandang-pandang siap tawar nak hantar balik kerja... ala takutlah kita," demikian tulis pengadu.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki introvert berubah sikap gara-gara bercinta, rakan pejabat terkejut lepas tengok mesej... Patut la diminta jangan ‘judge’
ARTIKEL BERKAITAN: Anak sakit, wanita terkejut sikap prihatin bos! Minta nak EL, lain pula diberi
Bagi wanita ini, perbuatan sebegitu dianggap cringe dan memalukan jika ia dibaca oleh ahli keluarga sendiri.
Tambahan pula, beberapa gambar selfie turut dimuat naik bersama status berkenaan untuk tatapan umum.
"Kau sebagai anak, cringe tak?" ajunya.
- Media sosial jadi tempat luah hal peribadi.
- Wanita tegur isteri kongsi kisah digoda di tempat kerja.
- Anggap perbuatan itu memalukan dan ‘cringe’.
- Pesan supaya jaga maruah diri.
- Netizen kecam, kata cuma nak perhatian.
Seolah-olah meletakkan diri sebagai anak individu terbabit, dia kemudiannya menasihati kaum wanita supaya menjaga maruah diri.
"Kepada para wanita, jagalah maruah anda terutama yang sudah bergelar isteri orang.
"Apa tujuannya nak update perkara macam ni? Apa yang kau nak buktikan?" luahnya.
Antara reaksi netizen pada hantarannya.
Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Ramai yang mengklasifikasikan individu terbabit sebagai seorang yang inginkan perhatian.
"Attention seeker, letak gambar sekali sebab nak bagitahu yang dia cantik walaupun hakikatnya level awam je.
"Tak boleh bayangkan, Muslimah tapi perangai tak menampakkan jati diri. Kiranya dalaman macam sundal, tapi luaran Muslimah.
"Nak bangga punya pasal, kalau berfaedah tak apalah juga. Ni pasal kena mengurat je," demikian reaksi netizen.