BAGI pasangan yang sudah bergelar ibu bapa, hari cuti juga jarang menjadi waktu untuk berehat kerana sibuk menguruskan keluarga.
Di Thread, seorang wanita berkongsi nikmat kehidupan yang dinikmati bersama suaminya kerana mereka masih belum mempunyai cahaya mata.
Menurut wanita itu, dia dan suaminya boleh tidur sepanjang hari dan hanya bangun seketika untuk menunaikan solat sahaja.
Kehadiran cahaya mata menjadi impian setiap wanita yang bergelar isteri. -Gambar hiasan AI
"Fun fact adalah, kami laki bini boleh 'bantai' tidur dari pagi, bangun Zohor, sambung tidur lagi.
"Lepas tu bangun untuk Asar, sambung lagi tidur sampai Maghrib. Ini kehidupan yang kami bersyukur apabila tak dikurniakan anak lagi.
"Kita enjoy dulu. Yakin saja dengan rezeki Allah," tulis wanita itu dalam nada positif.
- Seorang wanita berkongsi nikmat hidup berdua tanpa cahaya mata.
- Wanita itu berkata dia dan suaminya masih mencuba untuk mendapatkan zuriat.
- Mereka dapat tidur sepanjang hari dan hanya bangun untuk solat.
- Beberapa individu TTC mendedahkan mereka juga melalui situasi sama.
Di ruangan komen, beberapa individu turut mengakui mereka melalui situasi sama dengan pasangan masing-masing kerana masih belum dikurniakan zuriat.
"Betul sangat-sangat. Enjoy masa yang ada. Saya dulu macam ni la dengan suami. Empat tahun kami cuba dapatkan cahaya mata (TTC). Sekarang (ada anak) nak peluk suami pun susah.
ARTIKEL BERKAITAN: Tetapkan jarak kehamilan 6 tahun, wanita jawab persoalan orang sekeliling - "Bagi makan bukan asal kenyang je"
ARTIKEL BERKAITAN: 18 tahun TTC, banyak kali buat IVF tapi gagal... Wanita akhirnya hamil selepas guna bantuan AI
"Rindu situasi macam ni. Hujung minggu malas-malas kami suami isteri. Sembilan tahun aman dan bebas. Sekarang hectic dengan anak.
"Alhamdulillah, kami sangat menikmati perjalanan tiada anak ni sambil menunggu rezeki Allah.
Menjaga anak kecil menuntut pengorbanan masa dan tenaga. -Gambar hiasan AI
"Betul sis, sama situasinya. Terima kasih post pasal ni, sedikit sebanyak mengingatkan saya untuk bersyukur, kurang sikit sedih TTC," tulis beberapa netizen.
Namun, ada juga yang menegur tabiat pasangan itu dan meminta mereka tidak mengamalkannya selalu.
"Jangan biasakan tau. Nanti Allah bagi rezeki anak, nak ubah (rutin) nanti jadi susah. Jaga anak ni tak boleh ikut timing kita," tulis netizen lagi.