MEMBELI-BELAH kini tidak lagi sesukar dulu hinggakan anak kecil juga ‘mampu’ melakukannya dengan menggunakan peranti milik ibu bapa.
Perihal generasi zaman sekarang pasti membuatkan ibu bapa geleng kepala seperti insiden yang berlaku kepada wanita ini.
Menurut pelayar Thread terbabit, anaknya yang baru berusia tiga tahun sudah pandai membuat pesanan barangan dengan kaedah pembayaran tunai semasa serahan (COD).
Segelintir kanak-kanak terdedah pada penggunaan gadget sejak kecil. -Gambar hiasan
"Tiba-tiba ada bungkusan sampai yang tertera nama anak aku berusia tiga tahun, kena bayar COD.
"Aku dan suami tak ada beli apa-apa barang untuk dia melalui online," ujarnya yang terkejut apabila menerima bungkusan berkenaan.
Bimbang perkara tidak diingini berlaku, dia kemudiannya memeriksa telefon yang sering digunakan si kecil.
ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah terkejut tiba-tiba motosikal scrambler versi mini sampai depan rumah… Makin pening diminta bayar RM750!
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai geram tengok gelagat bapa, anak guna sikat untuk dijual di pasar raya sebelum bayar... Terfikir takut jangkitan kutu, kulat!
Apa yang mengejutkan, selain bungkusan yang baru diterima, anaknya turut membuat empat lagi pesanan.
Malah kesemuanya adalah barang permainan.
- Budak zaman sekarang makin ‘advance’, siap pandai guna aplikasi beli-belah.
- Anak tiga tahun buat pesanan COD tanpa pengetahuan ibu bapa.
- Ibu terkejut bila bungkusan sampai atas nama anak.
- Rupa-rupanya ada empat lagi pesanan mainan sedang dihantar.
- Netizen terhibur tapi ingatkan ibu bapa supaya lebih kawal penggunaan telefon.
"Kami buka telefon yang dia selalu main, ada lagi empat bungkusan on the way guys!
"Semuanya COD, semuanya barang permainan dan semuanya anak aku yang berusia tiga tahun yang buat," tambahnya sambil menyatakan 'ketakutan baharu terbongkar'.
Perkongsiannya menarik perhatian ramai yang terhibur dengan gelagat ‘bijak’ kanak-kanak itu.
Warga maya turut berkongsi pengalaman sama.
Namun dalam masa sama ramai mengingatkan supaya dia lebih berhati-hati apabila memberikan telefon kepada anak kecil kerana dunia digital sekarang sememangnya tanpa sempadan.
"Kakak saya pernah kena macam ni juga… dekat RM400 total COD tu. Anak dia yang kecil buat belian semua barang yang disukai.
"Anak saya empat tahun pun sama, dia beli baju saiz XXXL. Insaf terus.
"Budak bijak sekarang ni, dia punya takut... dia cakap beli untuk sedekah," demikian reaksi warga maya.