PELBAGAI skim bantuan telah disediakan kerajaan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah (B40) tidak tercicir dalam bidang pendidikan.
Selain pinjaman penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), bantuan zakat dan peranti percuma turut disediakan kerajaan untuk memudahkan golongan rentan.
Namun, tujuan asal untuk membantu mengatasi masalah keciciran itu didakwa disalah guna sehingga menimbulkan rasa kurang senang individu lain, terutama golongan berpendapatan tinggi (T20).
Golongan pelajar sering mengalami masalah kewangan. -Gambar hiasan
"Sebagai anak T20, anak PTPTN dan belajar IPTS (institusi pengajian tinggi swasta), terasa amat beban ya pasal duit ni.
"Bukan nak diskriminasi, tapi B40 dapat banyak kelebihan... zakat, PTPTN penuh, peranti percuma dan banyak lagi,
"Kemudian mereka beli segala jenis produk Apple, beg berjenama dan kasut mahal," kongsi gadis ini di laman Thread.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jelik tengok pelajar guna duit zakat, elaun Mara pergi clubbing - “Sedarlah kau tu miskin”
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPTA berlapar, terdesak rayu sumbangan beli makanan di Facebook... Siap kongsi data kad matrik elak dituduh scammer
Walau bagaimanapun, dia mengakui terdapat pelajar B40 yang benar-benar bekerja keras dan sanggup melakukan kerja sambilan bagi menyara diri serta keluarga.
"Tapi saya cemburu mereka yang guna duit untuk kesenangan diri sendiri tu.
"Rasa tak adil sebab bukan saya yang kaya tapi mak ayah saya. Nak aku putuskan hubungan dulu ke baru dapat benda (bantuan) macam ni," katanya kesal.
- Pelajar T20 luah rasa terkilan, dakwa anak pelajar keluarga B40 salah guna duit bantuan.
- Katanya, ada yang guna untuk beli produk Apple, beg dan kasut mahal.
- Dia akui bukan semua, ada juga B40 kerja keras tanggung diri dan keluarga.
- Mengadu diri tertekan sebab perlu kerja sambilan tampung kos belajar.
- Netizen berbelah bahagi, ada setuju, ada anggap pandangannya terlalu umum.
Ringkasan ini dijana oleh AI
Merasakan diri serba kekurangan, pengadu turut berkongsi perihal enam lagi adiknya yang kebanyakannya bersekolah kebangsaan dan sekolah vokasional.
Manakala seorang lagi belajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Malah dia sendiri perlu melakukan kerja sambilan bagi menampung kos perbelanjaan bulanan kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang lain.
Warga maya memberikan pandangan peribadi mereka.
"Penat fikir, takkan nak minta duit daripada mak ayah? Aku pun buat kerja sambilan, cukup untuk belanja setiap bulan tapi tak cukup untuk menampung PTPTN yang 30 peratus je," tambahnya.
Luahannya itu mencetuskan perdebatan di media sosial apabila ada yang bersetuju dengan pandangannya serta sebaliknya.
Bagaimanapun, sebahagian lagi menganggap dakwaannya itu tidak berasas kerana dia menilai sesuatu situasi berdasarkan segelintir individu.
"B40 dapat bantuan one-off, kalau dah habis, habislah. Anak T20, kalau esok dah kehabisan duit, mak ayah masih bagi kan? Tak perlu catu makanan.
"Faham. Sepatutnya kerajaan perlu kira juga komitmen isi rumah, berapa anak semua dan bukan terus tetapkan untuk B40 sebab ada sebenarnya B40 di sistem tapi hidup lebih senang.
"Sebagai pelajar, saya setuju 100 peratus, saya nampak pelajar B40 gunakan kelebihan yang diberi untuk 'enjoy'," demikian antara reaksi netizen.