MOMEN anak-anak kepada penyanyi Bella Astillah iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna yang berjaya menamatkan larian Ironkids di Nice, Perancis mencuri tumpuan netizen di media sosial.
Kedua-dua mereka dilihat begitu bersemangat menamatkan larian masing-masing selepas berhempas pulas dalam acara yang berlangsung sempena kejohanan Ironman World Championship 2025.
Namun lebih menarik perhatian netizen adalah foto Bella, Ayden dan Ara bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikatakan seperti sebuah keluarga bahagia meraikan kejayaan anak-anak.
Ayden ketika memberi semangat pada Ara menamatkan larian.
“Goodjob iron family! Ironman, Ironlady dan Ironkids. Okey sempurna, sekarang dah boleh kahwin.
“Cantiknya gambar mereka berempat meraikan kemenangan anak… Alhamdulillah.
“Terfikir kalau foto ini boleh dikatakan jadi foto keluarga? Insya-Allah, saya doakan kedua-duanya bersatu sebagai suami isteri dan bahagia hidup berkeluarga selamanya,” tulis netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq terhutang budi, anggap Bella Astillah wanita hebat… Setia jadi teman di sisi
ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq nafi malas layan ‘pickup line’ Bella Astillah
Untuk info, Syed Saddiq bukan sekadar aktif dalam bidang politik, malah turut giat melibatkan diri dalam acara kecergasan dan sukan ketahanan.
Kehadirannya ke Nice kali ini adalah bagi menyertai kejohanan Ironman 70.3 World Championship, iaitu pertandingan triathlon yang merangkumi renangan sejauh 1.9 kilometer, berbasikal 90 kilometer dan larian 21 kilometer.
Bella turut menemani ahli politik berkenaan sepanjang berada di Perancis, sekali gus mencetuskan lagi perbualan hangat dalam kalangan peminat.
Ara ketika didukung oleh Syed Saddiq.
Malah, netizen menganggap keakraban mereka bersama anak-anak Bella menambahkan lagi ‘seri’ foto keluarga kecil itu yang tular di media sosial.
Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2023.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden, lapan, dan Ara yang kini berusia empat tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube