PERNAH menerima tawaran melebarkan kerjaya di New York, Amerika Syarikat, pelakon Haneesya Hanee memberitahu dia ada alasan tersendiri untuk menolaknya lima tahun lalu.
Kata Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 25, dia bimbang sekiranya tidak dapat mengawal tingkah laku apabila berada jauh dengan keluarga.
Malah pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini juga membuatkan dia lebih berhati-hati dalam mengatur langkah.
Haneesya pernah menolak tawaran agensi model di New York.
"Saya tanya diri sendiri pada waktu itu, iman kuat tak nak hadap dunia dekat sana? Tidak! Saya nak kaitkan sikit dengan video isu fasal minum dulu, ramai cakap jadikan perkara itu sebagai iktibar.
"Ya, disebabkan perkara itu saya sedar diri dan tidak pergi bekerja di luar negara. Di Malaysia pun saya boleh buat apatah lagi di luar negara.
"Apatah lagi bila tak ada mak untuk halang, memamg kemungkinan besar saya akan jadi 'setan' di sana. Saya akui," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee tak kisah dikecam kerana kesilapan lalu, akui sudah berubah...“Saya bukan lagi budak 18 tahun itu”
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah terdetik mahu balas dendam, Haneesya Hanee terkilan terima layanan double standard... “Ada selebriti dipuja ramai orang pergi kelab juga”
Haneesya berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Menurut Haneesya, antara faktor lain yang membuatkan dia memilih untuk kekal di Malaysia adalah kerana hubungan rapat dengan keluarga terutama ibu dan adik-beradik.
Malah aktres drama Dia Imamku ini memberitahu tidak mampu mengawal reaksi netizen sekiranya perlu berpakaian seksi di luar negara.
"Saya tak manja, saya boleh hidup berdikari tetapi saya tidak boleh kawal perasaan homesick terlalu lama. Bila fikirkan saya juga bukan orang berduit, nak selalu balik jumpa mak dan adik-adik adalah mustahil.
"Saya juga sangat mementingkan kata-kata orang. Contoh kalau saya berlakon di luar negara kena pakai seksi. Di sini kalau saya seksi pun korang (netizen) dah bising. Di luar negara saya tiada kebebasan bersuara untuk pakai apa yang saya nak," jelasnya.
Haneesya sebelum ini tidak mempunyai kekuatan meluaskan kerjaya di luar negara.
Mengulas lanjut, Haneesya berkata dia kini sudah lebih matang dan berfikir secara rasional sebelum membuat sebarang keputusan.
Dia juag tidak menolak sekiranya menerima tawaran untuk melebarkan sayap ke luar negara.
"Kalau sekarang dapat pergi ke LA atau ke mana saja di luar negara, saya akan pergi. Saya tahu diri saya sekarang. Tidaklah nak cakap iman dah kuat, tetapi lebih berakal," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube