PENYANYI Syasya Rizal tampil memberi penjelasan berhubung tanggapan peminat yang dia kini sedang hamil anak kembar.
Kata Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, dia dan suaminya sendiri masih belum mengentahui gender sebenar bayi kedua mereka itu.
Perkongsian video yang dibuat sebelum ini hanyalah sekadar berkongsi berita gembira bahawa mereka akan menimang cahaya mata kedua.
"Terkejut baca komen ramai ingat kembar. Rupa-rupanya itu cara orang buat gender reveal kembar.
Syasya teruja mahu menyambut kehadiran cahaya mata kedua.
"Sebenarnya kami letupkan dua warna sebab memang belum tahu gender sebenar lagi," katanya.
Syasya menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Jumaat berserta beberapa keping gambar mereka melakukan acara gender reveal.
Sebelum ini ramai yang keliru menyangkakan mereka bakal mendapat anak kembar.
ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal bakal timang bayi lelaki
ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal belum hamil anak kedua, tiada masalah dikurniakan zuriat ramai
Ini kerana Syasya membuat kejutan dengan meletupkan asap berwarna biru sebagai tanda bakal mendapat anak lelaki.
Dalam masa sama netizen mula perasan kepingan kertas warna merah jampu di lantai seolah-olah menggambarkan Syasya hamil anak kembar.
Tambah bekas anggota kumpulan Dolla ini, suami Nasrullah Mohd Sapie tidak teruja untuk melakukan acara berkenaan.
"Alhamdulillah, kami simpan rahsian ini sepanjang tahun.
"Nobita (suami) tidak berkenan nak buat proper gender reveal, jadi kami letupkan dua warna untuk tujuan gambar," ujarnya.
Acara gender reveal bayi kedua Syasya sebelum ini mengundang salah faham ramai.
Dalam masa sama dia juga menegaskan gambar imbasan ultrasound yang dikongsi hanyalah dapatan dari carian Google.
Untuk rekod, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April tahun lalu.
Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohd Yassir Hayyan yang dilahirkan pada Disember tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube