PELAKON Indonesia, Jennifer Coppen akhirnya tampil menjelaskan punca dia memberhentikan pengasuh anak perempuannya, Kamari Sky Wassink selepas timbul pelbagai spekulasi dan naratif tidak tepat mengenai perkara itu di media sosial.
Menurut Jennifer, dia sebenarnya enggan mendedahkan alasan sebenar, namun disebabkan situasi yang semakin memburukkan keadaan membuatkan dia terpanggil untuk bersuara.
“Aku sudah ambil keputusan untuk tidak menjelaskan alasan kenapa dia berhenti kerja. Tapi bila diamkan diri, makin melampau,” katanya menerusi video di akaun TikTok miliknya baru-baru ini.

Jennifer dikejar pengutip hutang disebabkan pengasuh anaknya.
Dakwa Jennifer, pengasuh berkenaan melakukan banyak kesalahan yang sudah lama dipendam termasuk masalah hutang hingga dia sendiri dikejar pemungut hutang.
“Ada banyak hal yang berlaku. Dia yang berhutang tapi saya pula yang dikejar pemungut hutang.
"Dia selalu main telefon, tidak menjaga Kamari dengan betul. Kadang-kadang pampers Kamari diganti tanpa dibersihkan, rambut tidak disikat, bajunya pula sama setiap hari walaupun aku sudah belikan banyak pakaian baharu,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru setahun suami meninggal, Jennifer Coppen dah jumpa bapa baru buat Kamari
ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Coppen bimbang usia tak panjang, resah fikir nasib anak sebatang kara
Tambah Jennifer, pengasuh berkenaan turut bertindak kurang sopan di luar waktu kerja apabila merakam aktiviti rakan-rakan artis Jennifer tanpa izin.
Lebih mengecewakan, wanita itu juga pernah membatalkan perjalanan ke Eropah beberapa hari sebelum berlepas, kemudian bertukar fikiran sehari sebelum tarikh penerbangan.
Jennifer berkata, dia selama ini sudah berusaha bersikap baik terhadap pengasuh tersebut dengan memberi pelbagai kemudahan termasuk telefon iPhone dan sebuah motosikal.
“Selama ini aku sudah baik hati, aku memilih diam, aku memilih untuk menutupi, tapi diamku semakin dipijak. Aku rasa aku terlalu baik sampai dia jadi terlalu selesa dan mempergunakan aku,” ujarnya.
Walaupun mendedahkan perkara itu kepada umum, Jennifer menegaskan dia tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa sebaliknya hanya mahu membetulkan fakta sebenar.
“Tolong jangan kecam dia lagi, biarkan dia sendiri. Video ini hanya untuk membetulkan apa yang terjadi dan menyampaikan kejujuran sebenar tanpa niat menjatuhkan mana-mana pihak,” katanya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


