suria

Bekas isteri didakwa 'galau' lihat Justin Trudeau makin mesra dengan Katy Perry

Katy (kiri) dan Justin didakwa sedang menjalin hubungan cinta.

BEKAS isteri kepada mantan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran penuh emosi di Instagram selepas beberapa hari bekas suaminya itu dilihat bermesra dengan penyanyi Katy Perry di atas kapal layar mewah. 

Mirror melaporkan, Sophie Grégoire berkongsi coretan mendalam mengenai rasa cinta, kehilangan dan penerimaan sekali gus mengaitkan hantaran tersebut dengan penularan foto Justin bersama penyanyi lagu Roar itu. 

"Kadang-kadang kita lupa bahawa tiada apa yang kita sayangi itu ditakdirkan untuk dimiliki selamanya. 

"Manusia, tempat, malah detik-detik yang dahulunya terasa abadi, hanya masa mengajar kita untuk tidak berpaut (berharap).

Foto mesra Katy dan Justin yang tular di media sosial.

"Tetapi cinta bukan soal memiliki, ia tentang kehadiran. Kehadiran pada saat ini. Dan apabila kita melepaskan apa yang tak mampu kita simpan," luahnya. 

Rata-rata netizen menyifatkan perkongsian yang dibuat oleh Sophie itu sangat menyentuh hati. 

"Air mata saya mengalir membaca luahan ini, sungguh menyentuh hati. 

"Kita tidak tahu apa yang dialami oleh Sophie, mungkin berpunca daripada kisah rumah tangganya dahulu," tulis netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Katy Perry dah jumpa pengganti, dakwa jalin hubungan dengan bekas PM Kanada

ARTIKEL BERKAITAN: Orlando Bloom didakwa curi-curi pandang Kim Kardashian beberapa bulan sebelum berpisah dengan Katy Perry

Untuk rekod, Sophie dan Justin mengumumkan perpisahan mereka pada Ogos 2023 selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Pada Ogos lalu, Katy didakwa sedang menjalin hubungan mesra dengan bekas Perdana Menteri (PM) Kanada, Justin Trudeau. 

Menurut laporan TMZ, pasangan itu dilihat makan malam bersama di sebuah restoran mewah Le Violon di kawasan Plateau, Montreal, Kanada. 

Baru-baru ini, tular foto mesra antara Katy dan Justin yang dilihat bersama di atas sebuah kapal layar mewah bernama Caravelle, berhampiran pesisir Santa Barbara, California.

Momen tersebut berjaya dirakam lensa paparazi yang memperlihatkan Justin memeluk dan mencium Katy yang ketika itu mengenakan pakaian renang rona hitam, manakala Justin tampil santai tanpa berbaju.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain