PELAKON Ammar Zoni dipindahkan ke penjara paling ketat dan digeruni di Pulau Nusakambangan, terletak di pesisir Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia.
Perpindahan itu menandakan babak baharu dalam hidup Ammar selepas dilabel sebagai banduan berisiko tinggi.
Selepas kali keempat terpalit dengan kesalahan berkaitan dadah, Ammar turut disyaki mengedarkan dadah dalam Rumah Tahanan Salemba.

Derry tunjuk surat yang dikirimkan Ammar buatnya.
Keputusan memindahkan Ammar ke Nusakambangan mendapat perhatian pendakwah yang juga gurunya, Ustaz Derry Sulaiman.
Dalam satu video yang dimuat naik pada malam Khamis, Derry turut berkongsi surat terakhir Ammar sebelum dipindahkan ke Nusakambangan.
Melalui surat itu, Ammar, 32, menegaskan dia bukan pengedar seperti dakwaan yang dilemparkan kepadanya.
Derry turut membuat rayuan terbuka agar peguam Hotman Paris tampil membantu kes Ammar Zoni.
ARTIKEL BERKAITAN: Sudah miliki RM128,000, rakan baik nafi Ammar Zoni terlibat dadah kerana masalah kewangan... Kecewa masih ulang kesalahan sama
ARTIKEL BERKAITAN: Kes edar dadah dalam penjara, Ammar Zoni berdepan hukuman mati... Empat kali ulang kesalahan sama
“Video ini saya rakamkan khusus buat mana-mana peguam yang prihatin terhadap Ammar, terutamanya abang saya yang saya hormati, Hotman Paris.
"Tolonglah beri bantuan guaman kerana saya terima surat daripada Ammar,” katanya.
Dalam surat itu, Ammar menafikan tuduhan sebagai pengedar dadah.
Menurut Derry, Ammar ketika ini sedang sakit dan sepatutnya menerima rawatan rehabilitasi, bukan hukuman penjara.

Derry mohon Hotman Paris bantu Ammar.
“Ammar kata dia bukan pengedar dedah, tetapi seorang figura awam yang sedang melalui proses pemulihan.
"Ammar sedang sakit dan orang sakit sepatutnya dirawat dan direhabilitasi, bukan dihukum seperti penjenayah berat.
“Kita perlu membunuh penyakitnya, bukan orangnya. Saya berharap sangat agar Hotman Paris dapat membantu. Kasihan Ammar, kes ini masih belum ada keputusan mahkamah tapi dia sudah dihantar ke Nusakambangan,” jelasnya.
Pendakwah itu juga menyatakan dia pernah berdakwah di Nusakambangan dan benar-benar memahami suasana serta kesukaran di penjara tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


