BINTANG realiti Kim Kardashian sekali lagi mencetuskan sensasi dalam dunia fesyen dengan pelancaran koleksi seluar dalam terbarunya yang dianggap berani sehingga menarik perhatian ramai.
Koleksi yang dinamakan The Ultimate Bush itu dihiasi dengan ‘bulu palsu’ di bahagian hadapan seperti menyerupai bulu kemaluan.
Lebih mengejutkan produk itu dilaporkan laris terjual dalam masa singkat di laman rasmi SKIMS.
Menampilkan 12 warna berbeza dan saiz sehingga 4XL, setiap sehelai pakaian dalam itu dijual pada harga kira-kira RM150 dengan gabungan bulu lurus dan kerinting tiruan yang dijahit tangan.

Gabungan bulu lurus dan kerinting tiruan yang dijahit tangan.
Kim sendiri tanpa segan silu mempromosikan produk itu di media sosial, walaupun tidak memakainya secara terbuka.
Namun, produk ini menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang keliru dengan tujuan penggunaannya.
"Macam mana boleh habis terjual, selesa ke nak guna. Rasa nak tahu daripada mana mereka dapat bulu itu, nampak mengelikan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian tak setuju anak buat kerja sekolah di rumah, perlu rehat luang waktu bersama keluarga
ARTIKEL BERKAITAN: Ibarat mahu balas dendam, Ray J bantu pihak berkuasa untuk hukum keluarga Kardashian... "Kes mereka lebih teruk daripada P Diddy"
"Dia memang suka benda pelik-pelik termasuk pembelinya," antara komen netizen.
Walaupun menerima pelbagai komen negatif, namun tidak dinafikan koleksi tersebut berjaya mencuri perhatian dan membuktikan Kim sentiasa menjadi topik hangat dalam dunia fesyen global.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


