suria

Majlis nikah anak Ahmad Dhani tukar tarikh, undang Presiden Indonesia jadi saksi

Ahmad Dhani (kanan) pastikan Prabowo hadir di majlis nikah anaknya.

PENIKAHAN anak sulung penyanyi dan komposer Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali yang sepatutnya berlangsung pada 17 Jun ini terpaksa dilakukan sehari awal. 

Ia susulan bagi mengikut kesesuaian jadual Presiden Indonesia iaitu Prabowo Subianto yang dijemput pada hari berkenaan. 

Bukan hanya sebagai tetamu, malah Prabowo bakal menjadi saksi penikahan antara Al Ghazali dan Alyssa Daguise. 

Prabowo akan jadi orang penting dalam majlis pernikahan Al Ghazali. 

"Kami sesuaikan jadual Prabowo untuk pastikan kehadirannya. Kami ingin Presiden sebagai saksi pernikahan," kata Ahmad Dhani kepada media. 

Bagaimanapun katanya seorang tokoh kontroversi akan tampil sebagai saksi jika Prabowo terpaksa membatalkan kehadiran di saat akhir. 

Sebagai individu yang juga terlibat dalam dunia politik, penyanyi ini turut menjemput beberapa menteri sebagai tetamu pada majlis berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja bakal terima menantu, Ahmad Dhani mahu Mulan dan bekas isteri bersama anak di pelamin 

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tanggungjawab menegur, Ahmad Dhani tak pernah marah anak-anak tinggal solat

"Seorang menteri dijemput untuk mengetuai bacaan doa. Jika Presiden tak dapat hadir akan ada saksi yang sangat kontroversi," ujarnya. 

Ahmad Dhani dalam masa sama memaklumkan majlis anaknya itu akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 14 Jun ini dengan acara bersiram. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain