suria

Tak mahu terlibat konflik rebut harta, anak Hulk Hogan minta nama dikeluarkan daripada wasiat

Brooke rela namanya dikeluarkan daripada wasiat.

SALAH seorang anak kepada lagenda gusti dan pelakon Hulk Hogan dilaporkan enggan menerima sebarang harta pusaka yang ditinggalkan.

Memetik laporan TMZ, sumber terdekat mendedahkan Brooke Hogan sebenarnya sudah meminta namanya dikeluarkan daripada wasiat bapanya sejak dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat kerana Brooke tidak mempercayai individu yang berada di sekeliling bapanya.

Brooke tidak pernah mengharapkan sebarang wasiat daripada bapanya. 

Malah dia juga enggan terpalit dengan konflik kewangan melibatkan harta milik bapanya. 

"Brooke cuma mahu lindungi ayahnya daripada orang yang mungkin ambil kesempatan. Tapi selepas bertahun-tahun tidak sependapat (dengan Hulk), dia akhirnya hubungi pengurus kewangan Hulk dan minta namanya dikeluarkan daripada wasiat," kata sumber.

Walaupun kecewa kerana merasakan Hulk tidak mempercayai niat baiknya, Brooke tetap berpegang kepada prinsip dia tidak pernah mengejar harta.

ARTIKEL BERKAITAN: Hulk Hogan meninggal dunia diusia 71 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Legenda Hulk Hogan dedah koronavirus adalah sumpahan daripada Tuhan kerana manusia lalai

Namun begitu, Brooke dikatakan masih akan menerima sejumlah wang daripada dana insurans hayat milik Hulk. 

Untuk rekod, Hulk atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea pernah berkahwin tiga kali dan memiliki dua cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain