PERKONGSIAN video oleh penyanyi Britney Spears yang memperlihatkan keadaan sekeliling rumahnya mengundang kecaman banyak pihak.
Ramai yang mengkritik penyanyi ini kerana keadaan dalamam kediaman berkenaan terlalu kotor dan menjijikan.
Keadaan rumah Britney Spears yang dilihat bersepah serta menjijikan.
Bukan hanya bersepah dengan barang berselerakan, malah ada juga yang ternampak kesan najis anjing dalam video berkenaan.
Dalam masa sama peminat turut menzahirkan rasa simpati dan bimbang kerana kotor sebegitu boleh memberi kesan kepada kesihatan penyanyi itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears selesa hidup sederhana, pandu Nissan Sentra harga RM96,000
ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears mula bosan hidup menjanda, sedar mudah dimanipulasi orang lain
Menjawab setiap kritikan, kata Britney orang ramai seolah tidak faham apa yang dia lalui.
Malah dia juga secara terbuka menyelar pandangan luar tanpa mengetahui hal sebenar.
“Malu pada mereka yang menilai rumahku ketika aku hanya memakai baju tidur,” ujarnya.
TONTON VIDEO PILIHAN!