PELAKON Erika Carlina memberitahu dia langsung tidak mengharapkan bantuan kewangan daripada DJ Panda meskipun mereka mempunyai anak bersama.
Menurut Erika, dia sedar akan status hubungan mereka yang tidak terikat dalam ikatan perkahwinan.
Justeru baginya tiada keperluan untuk menuntut nafkah bagi menampung perbelanjaan membeli keperluan anak.
Erika sedar statusnya dengan DJ Panda.
Tegas pelakon Pabrik Gula itu dia masih mampu untuk memenuhi keperluan anaknya dengan suit sendiri tanpa mengharap bantuan DJ Panda.
"Saya sedar diri, kami bukannya pasangan suami isteri.
“Sekarang fokus saya hanya satu, iaitu bekerja dan cari rezeki untuk anak. Itu keutamaan saya,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dihimpit kontroversi hamil anak luar nikah, Erika Carlina timang cahaya mata lelaki
ARTIKEL BERKAITAN: DJ Panda mengaku hamilkan Erika Carlina kerana mabuk teruk, niat bernikah galas tanggungjawab terbatal
Pada 1 Ogos lalu, Erika selamat melahirkan cahaya mata lelaki dan memilih nama Andrew Raxy Neil.
Sebelum ini, DJ Panda mengakui dia adalah individu yang bertanggungjawab terhadap anak dalam kandungan Erika.
Erika kerja keras untuk besarkan anaknya.
Kata DJ Panda atau Giovanni Surya Saputra, dia mula mengenali aktres itu pada November tahun lalu dan menikmati minuman beralkohol sehingga menyebabkan mabuk teruk.
Untuk peringatan perbuatan mengandung luar nikah atas dasar rela hati adalah dilarang oleh agama Islam dan ia merupakan satu dosa besar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube