suria

Fuji naik angin bila netizen sebut nama ‘SarJi’, Aisar Khaled tampil mohon maaf

Fuji tak suka 'dikenenkan' dengan Aisar.

SELEBRITI Indonesia, Fuji pernah beberapa kali dijodohkan oleh netizen dengan Youtuber Malaysia, Aisar Khaled selepas mereka kerap muncul bersama dalam kandungan video.

Malah, gabungan nama mereka yang dikenali sebagai ‘SarJi’ (Aisar + Fuji) turut menjadi sebutan peminat di media sosial.

Namun, hubungan akrab itu kini tidak lagi kelihatan, terbaharu Fuji dilihat kurang senang apabila namanya sekali lagi dikaitkan dengan Aisar.

Fuji tak suka dijodohkan dengan Aisar.

Ketika sedang melakukan siaran langsung mukbang bersama rakannya, Fuji tiba-tiba membaca komen netizen yang menyebut ‘SarJi’ dan terus wajahnya berubah kerana tidak menyukai perkara tersebut.

“Tak ada SarJi-SarJi ya… maaf sangat. Tak akan pernah dan tak akan terjadi,” katanya.

Rakan-rakannya yang tidak memahami maksud ‘SarJi’ mula bertanya dan terkejut melihat reaksi Fuji yang jelas marah.

Selepas isu itu tular, Aisar tampil membuat siaran langsung di TikTok bagi menjernihkan keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Target dua juta pengikut YouTube, netizen dakwa Aisar Khaled sekadar mahu tumpang populariti Fuji

ARTIKEL BERKAITAN:Tak memilih janji anak suka, bapa influencer Indonesia puji Aisar Khaled kacak dan baik

Melalui live berkenaan, Aisar memohon maaf kepada Fuji dan seluruh keluarganya jika ada perkara yang menyinggung sepanjang perkenalan mereka.

“Kepada Fuji dan juga seluruh keluarga Fuji, saya minta maaf kalau selama ini dalam perkenalan kita yang sementara, kalau ada salah.

“Meskipun abang saya atau keluarga saya ada tersalah, saya di sini ingin mohon maaf,” jelasnya.

Dalam masa sama, Aisar turut berharap agar selepas ini tiada lagi salah faham atau hal negatif yang timbul antara dirinya dan Fuji.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain