SELEPAS lebih 20 tahun membabitkan diri dalam dunia seni, pelakon Nirina Zubir memberitahu buat pertama kali dia berani melakonkan babak bercium bersama gandingan aktor lelaki.
Menurut Nirina, 45, dia bersetuju untuk melakukan adegan tersebut kerana merasakan ia benar-benar perlu bagi menghidupkan jalan cerita drama terbaharu berjudul Ratu Ratu Queens.
Tambahnya dalam puluhan filem yang pernah dilakonkan sebelum ini dia sentiasa akan mengambil kira keperluan bagi memaparkan aksi bercium dengan pelakon lelaki.
Nirina (kiri) mendapat keizinan suami untuk melakonkan babak cium.
"Ini yang pertama kali. Sebelum ini saya selalu berfikir apakah alasan kuat untuk berbuat demikian," katanya.
Mengakui gugup ketika melakonkan babak tersebut, kata Nirina pelakon gandingannya iaitu Michael banyak membantu untuk dia lebih tenang.
ARTIKEL BERKAITAN:Nirina Zubir Luang Masa Untuk Anak
ARTIKEL BERKAITAN:Nirina Cari Penderma Darah Melalui Twitter
Malah dia juga berani untuk memberi kata setuju kerana telah mendapat keizinan suami.
"Michael kata kepada saya supaya bertenang dan ambil masa sebelum babak tersebut.
"Untuk babak ini saya perlu melakukan persiapan mental selain mendapat lampu hijau daripada suami," jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube