SETELAH sekian lama menyepi dalam bidang lakonan, peminat mendakwa pelakon Lee Jang Woo sukar mendapat tawaran berlakon kerana peningkatan berat badannya.
Allkpop melaporkan, kenaikan mendadak berat badan aktor itu dipercayai berpunca daripada kandungan 'mukbang' (video makanan) yang sering dimuat naik di saluran YouTube miliknya.
Tindakan itu mengundang persepsi bahawa Jang Woo kini lebih menumpukan perhatian terhadap dunia kandungan digital berbanding kerjaya lakonan.
Jang Woo banyak memuat naik kandungan mukbang di saluran YouTube.
Kini, apabila Jang Woo kerap memuat naik kandungan mukbang, timbul spekulasi dalam kalangan netizen yang aktor itu mungkin sudah mengundur diri daripada lakonan.
"Sebagai peminat saya harap Jang Woo jaga diri. Kalau memang tak ada niat nak berlakon semula tak boleh nak cakap apa, tapi kalau nak kembali dalam dunia hiburan dia kena turunkan berat badan.
"Rindu nak tengok zaman Jang Woo kurus dulu, daripada merungut tak dapat tawaran baik usaha untuk turunkan berat badan," tulis netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez pernah sentap komen netizen, digelar wanita gemuk
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon tak puas hati berat badan 48kg, tidur lebih lama bantu cepat kurus
Sebelum ini, Jang Woo mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan bahawa dia akan mendirikan rumah tangga dengan aktres Jo Hye Won pada November ini.
Pengumuman tersebut menjadi bualan ramai mengenai kemungkinan Jang Woo akan menurunkan berat badan menjelang hari bahagia.
Pun begitu, pelakon drama My Only One ini tampil menjelaskan dia tidak akan menurunkan berat badan atas permintaan tunangnya sendiri.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube