PENYANYI rap terkenal Cardi B sekali lagi mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila membuat pengumuman mengenai kehamilannya bersama atlet Amerika, Stefon Diggs.
Berita itu mengundang pelbagai spekulasi memandangkan dia masih belum sah bercerai dengan suaminya, Offset.
Keadaan bertambah rumit apabila teman lelakinya itu dikatakan baru sahaja menyambut kelahiran anak bersama seorang model bernama Lord Giselle.
Kes perceraian di antara Cardi dan Offset masih belum selesai.
Perkara tersebut membuatkan netizen keliru dan mempersoalkan status sebenar hubungan Cardi B dan Stefon yang disifatkan agak rumit dan penuh drama.
“Belum bercerai lagi, dia sudah mengandung anak dengan teman lelaki. Kes macam ini memang peluang besar untuk Offset menang di mahkamah.
"Apa yang berlaku sebenarnya? Bukankah Stefon Diggs baru dapat anak bulan lepas?,” tulis beberapa pengikut di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai sebulan bersalin badan Cardi B langsing, bukan sedut lemak tapi rajin pakai bengkung
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya pertengkaran secara lisan, Cardi B tolak dakwaan ludah dan cakar pengawal keselamatan
Untuk info, Cardi dan Offset berkahwin pada September 2017 dan bercerai pada September 2020.
Mereka kemudiannya berbaik semula namun tidak kekal lama apabila Cardi memfailkan perceraian pada 31 Julai tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kulture Kiari, 7, Wave Set, 4, dan Blossom yang baru berusia setahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube