suria

Bekas CEO paksa sertai ‘Law of the Jungle’, Hayoung APink menangis setiap hari

Hayoung menangis setiap hari ketika di set penggambaran Law of the Jungle

ANGGOTA kumpulan APink, Oh Hayoung berkongsi pengalaman perit sewaktu menyertai rancangan realiti lasak popular, Law of the Jungle.

Hayoung, 29, mendedahkan dia sebenarnya tidak rela menyertai program tersebut, namun tiada pilihan kerana terpaksa akur dengan arahan bekas syarikat pengurusannya. 

“Ketika itu ketua pegawai eksekutif (CEO) cakap kalau saya tak pergi, semua jadual saya akan dibatalkan. Jadi saya tiada pilihan,” katanya.

APink kini berada di bawah syarikat pengurusan yang baru.

Hayoung mendedahkan perkara itu menerusi sebuah temu bual di saluran YouTube Xiumin's Ramyeon Store.

Pengakuan Hayoung nyata mengejutkan rakan seangkatannya, Chorong yang turut berada dalam sesi tersebut.

Bercerita lanjut, Hayoung mengakui dirinya berdepan kesukaran menyesuaikan diri sepanjang penggambaran yang mencabar.

“Saya menangis setiap hari. Masa tu saya yang paling muda. Walaupun ahli lain banyak membantu, tapi memang sukar untuk menyesuaikan diri. Cuaca pula hujan lebat, sampai kaki saya melecet,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Son Naeun (Apink) maafkan individu komen jahat kerana hidap masalah mental

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas ahli kumpulan APink, Yookyung kini pereka fesyen

Sementara itu, Chorong mengakui dia sendiri yang menawarkan diri untuk menyertai program tersebut kerana sangat teruja.

“Saya memang nak sangat pergi, jadi saya terima. Tapi paling susah bila tak boleh mandi atau guna tandas. Tidur pun tak lena sebab sakit di bahagian belakang badan, ” katanya.

Dalam temu bual yang sama, Chorong turut berkongsi rasa gembira apabila kini berada di bawah naungan agensi baharu, With Us.

Untuk rekod, Chorong, Bomi, Namjoo dan Hayoung berhijrah ke agensi baharu itu pada Julai lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain