KEHADIRAN penyanyi Bunga Citra Lestari menziarahi kubur bekas suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, terdapat pengikut yang kurang senang dengan perkongsian dibuat dan berpendapat Bunga atau lebih dikenali BCL tidak sepatutnya membuka pintu hati kepada insan baharu.
"Kalau saya jadi kamu, cinta sejati tiada pengganti dengan orang lain. Fokus saja pada anak dan diri sendiri.
"Sudah sempurna jadi ibu tunggal anak satu, kenapa mesti nikah lagi," tulis beberapa pengikut.
Bunga dan anaknya Noah bersama beberapa ahli keluarga lain menziarah pusara Ashraf.
Walaupun begitu, masih ramai yang memuji kehadirannya menziarahi kubur Allahyarham Ashraf walaupun sudah membina keluarga baharu bersama Tiko Aryawandha.
"Berpisah kerana kematian, rasa cinta itu tidak pernah habis walaupun sudah bernikah lagi.
"Bunga dilihat begitu mencintai arwah," komen pengikut.
Difahamkan kehadiran Bunga dan anak lelakinya, Noah Aidan ke kubur pada Khamis kerana tarikh tersebut merupakan hari ulang tahun arwah yang ke-46.
Bunga dalam perkongsian di Instagram menjelaskan, dia dan anaknya tidak pernah melupakan arwah.
ARTIKEL BERKAITAN: BCL belum tidur, trauma suami meninggal atas katil - “Aku takut tidur di bilik, aku tak boleh tidur di bilik lagi”
ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari nampak berisi dan semakin ceria, peminat harap ada berita gembira
"Selamat hari lahir di syurga. Kami kirimkan kasih sayang dan doa bersama setiap sinar cahaya yang sampai kepadamu.
"Kehangatanmu masih terasa bersama kami, dalam setiap ingatan dan kenangan," tulisnya.
Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.
Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.
Bunga kemudian berkahwin dengan Tiko dalam sebuah majlis tertutup di sebuah resort mewah di Bali dan hanya dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja pada 2 Disember 2023.
Tiko yang juga merupakan seorang duda kepada tiga orang cahaya mata perempuan bercerai dengan bekas isteri pada 2021.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube