suria

Baim Wong akui tekanan perceraian jejaskan kesihatan bapa sebelum meninggal dunia

Bapa Baim (kanan) meninggal dunia akibat tumor pankreas. 

PELAKON Baim Wong mendedahkan tekanan daripada konflik rumah tangganya dengan Paula Verhoeven turut memberi kesan kepada kesihatan bapanya sebelum meninggal dunia pada 7 Januari lalu akibat tumor pankreas. 

Menerusi temu bual dalam podcast di saluran YouTube milik Denny Sumargo, Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim, 44, akhirnya bersuara mengenai penyesalan terbesarnya selepas bercerai dengan Paula. 

Kata Baim, bapanya Johnny Djaelani sering mengikuti perkembangan isu yang melibatkan dirinya termasuk kisah rumah tangga bersama bekas isteri. 

Baim mengaku apa yang berlaku dalam hidupnya adalah detik paling sukar. 

"Saya belum sempat selesaikan semua masalah untuk tunjukkan kepada ayah bahawa saya baik-baik sahaja. Tapi belum sempat, dia sudah tiada (meninggal dunia). 

"Waktu tengah heboh, ayah selalu tengok berita. Dia ikuti semuanya," katanya. 

Dalam pada itu, Baim memberitahu apa yang berlaku dalam hidupnya ini merupakan detik paling sukar kerana ujian demi ujian silih berganti sehingga menjejaskan kehidupannya secara menyeluruh. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga bapa sakit di hospital, Baim Wong dituduh cuba raih simpati

ARTIKEL BERKAITAN: Pura-pura baik depan kamera, netizen dakwa Baim Wong abaikan anak

Pun begitu, aktor berkenaan bersyukur kerana masih dikelilingi individu yang sentiasa memberikan semangat termasuk golongan agamawan yang menghubunginya untuk menunjukkan tanda sokongan. 

"Itulah titik paling rendah dalam hidup saya. Tapi saya bersyukur ramai ustaz yang WhatsApp saya. Mereka bagi kata-kata semangat," ujarnya. 

Pada 16 April lalu, Baim dan Paula sah bercerai talak satu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain