BINTANG Hollywood, Keanu Reeves dilaporkan sudah berkahwin dengan wanita pilihannya, Alexandra Grant dalam sebuah majlis rahsia selepas hampir tujuh tahun bercinta.
Menurut sumber, pelakon berusia 61 tahun itu mengikat janji dengan penulis serta artis visual berusia 52 tahun itu pada awal tahun ini ketika bercuti di Eropah.
Difahamkan pasangan ini kali pertama berkenalan pada 2009 sebelum hubungan mereka menjadi perhatian umum selepas tampil bersama di acara karpet merah pada 2019.
Keanu mengalami kemurungan setelah kehilangan kekasihnya, Jennifer Syme.
"Perkahwinan ini mencerminkan peribadi Keanu yang terkenal dengan sikap sederhana dan tenang. Alexandra membawa kestabilan dalam hidupnya selepas kehilangan bekas kekasih Jennifer Syme dan anak mereka, Ava," kata seorang sumber terdekat.
Seorang lagi sumber mendedahkan Grant menjadi penyokong utama dalam kehidupan Reeves.
"Selepas semua dugaan yang dilalui Reeves, Alexandra memberi ketenangan. Kawan-kawan nampak dia lebih ceria, banyak ketawa dan lebih santai,"katanya.
Untuk rekod, Reeves pernah menjalinkan hubungan serius dengan Syme sekitar tahun 1999.
ARTIKEL BERKAITAN: Sweet! Keanu Reeves sanggup beli aiskrim untuk beri autograf kepada peminat
ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Keanu Reeves muncul di Thailand... Kerja jual sotong bakar, pandai pula bancuh kopi!
Pasangan itu dikurniakan seorang bayi perempuan bernama Ava Archer, namun meninggal dunia ketika lahir.
Tragedi tersebut meninggalkan kesan mendalam kepada mereka sehingga hubungan itu berakhir.
Alexandra dan Keanu bertemu buat kali pertama di sebuah parti pada 2019.
Lebih menyedihkan, Syme kemudian maut dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2001.
Selepas bertahun-tahun Reeves dilaporkan tidak memiliki pasangan, kehadiran Grant membawa sinar baharu ke dalam hidupnya.
Dalam masa yang sama, sumber lain menyifatkan mereka berdua sebagai pasangan serasi yang saling bergantung antara satu sama lain.