AHLI kumpulan CORTIS, Juhoon menjadi perhatian netizen selepas cadar katilnya menimbulkan rasa kurang senang ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube rasmi kumpulan berkenaan, setiap ahli diberi peluang menunjukkan bilik masing-masing.
Juhoon ambil positif kritikan netizen terhadapnya.
Juhoon turut membawa kamera untuk memberi peminat melihat biliknya serta rakan sekumpulan, James.
Namun begitu, keadaan cadar di katil Juhoon mengundang rasa kurang senang apabila kelihatan kotor dan tidak terurus berbanding ahli lain.
Susulan itu, ramai netizen mengkritik penyanyi berkenaan kerana dianggap tidak menjaga kebersihan diri serta ruang peribadinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah bersepah dan kotor penuh tahi anjing, Britney Spears dikecam tak jaga kebersihan
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya mandi 6 kali sebulan, netizen anggap Sherina Munaf pengotor - “Awak tak solat ke?”
Bagaimanapun Juhoon dikatakan menyedari perkara itu dan memuat naik sekeping gambar swafoto sedang berbaring dengan cadar serta sarung bantal baharu yang kelihatan lebih kemas dan bersih.
Tindakan itu sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan peminat yang memuji cara Juhoon menangani kritikan dengan bijak.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube