PENYANYI asal India, Zubeen Garg dilaporkan meninggal dunia akibat lemas ketika melakukan aktiviti skuba di Singapura pada Jumaat.
Dalam kejadian tragis itu, Zubeen, 52, segera dikejarkan ke hospital berdekatan oleh pasukan penyelamat.
Namun usaha menyelamatkan penyanyi itu gagal dan disahkan meninggal dunia.
Zubeen dijadualkan membuat persembahan pada Sabtu.
Dalam beberapa video yang tular, Zubeen dilihat sedang menikmati aktiviti skuba di negara berkenaan bersama ahli keluarga dan rakan-rakannya.
Dia melakukan terjunan pertama dengan memakai jaket keselamatan sebelum naik semula ke atas bot.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon lelaki meninggal dunia dalam tidur
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu penyanyi popular, kini jadi pelayan kelab malam
Penyanyi itu kemudian dilihat kembali terjun ke dalam laut tanpa jaket keselamatan hingga menyebabkan dia gagal mengawal diri apabila dipukul ombak.
Zubeen berada di Singapura untuk menghadiri Festival India Timur Laut edisi ke-4.
Dia sepatutnya mengadakan persembahan menghiburkan peminat pada Sabtu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube