suria

Model jelita dedah punca hilangkan diri, terpaksa tukar kerjaya jadi dukun

Eun Mi akur dengan pilihan kerjayanya kini.

SELEPAS lebih 20 tahun menghilangkan diri, kemunculan semula model asal Korea Selatan, Bang Eun Mi mengejutkan ramai peminat. 

Menjawab segala persoalan, Eun Mi tampil memberitahu dia kini beralih bidang kerjaya sebagai seorang dukun. 

Namun ia bukan atas kehendak diri sendiri, sebaliknya dia terpaksa bertukar arah disebabkan satu peristiwa yang terjadi sebelum ini. 

"Suatu pagi saya terjaga dan tak dapat gerakkan bahagian kiri muka, bahu dan lengan... seolah-olah lumpuh. Doktor kata saya kena Bell's Palsy dan ia sepatutnya sementara, tapi rawatan moden dan tradisional tak beri kesan," katanya dalam satu temu bual. 

Eun Mi dikenali dalam kalangan pengamal perubatan tradisional Korea Selatan. 

Dalam keadaan terdesak, Eun Mi ketika itu cuba mendapatkan rawatan daripada seorang dukun. 

Dia kemudian diberitahu terkena penyakit mistik yang merupakan sumpahan terhadap dirinya. 

Malah penyakit itu juga dianggap sebagai petanda dia perlu memilih jalan hidup sebagai seorang dukun. 

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi didakwa tidak jaga kebersihan bilik tidur, cadar katil kotor jadi bualan 

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas CEO paksa sertai ‘Law of the Jungle’, Hayoung APink menangis setiap hari

"Saya diberitahu jika menolak takdir ini sesuatu buruk akan berlaku. Malah anak saya juga menjadi mangsa. Jadi saya perlu melakukan ritual itu demi melindungi anak," jelasnya. 

Tambah Eun Mi dia perlu berjauhan dengan anak lelakinya dalam tempoh tiga tahun bagi tujuan menuntut ilmu sebelum sah bergelar seorang dukun. 

Kini dia menjalankan perkhidmatan rawatan tradisional sehingga mendapat sambutan pelanggan antarabangsa. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain