suria

Bersara awal pilihan tepat, Emma Watson kini hidup lebih tenang 

Emma Watson lebih tenang jadi orang biasa berbanding selebriti.

PELAKON Emma Watson menganggap keputusannya meninggalkan dunia seni adalah satu pilihan demi untuk dia menjalani kehidupan lebih bahagia dan sihat. 

Menurut Emma atau  Emma Charlotte Duerre Watson, 35, dia tidak lagi rasa terbeban kerana perlu menjaga imej di khalayak umum dan kini mempunyai kualiti waktu bersama keluarga, sahabat serta dirinya sendiri.

“Saya rasa berada di tahap paling bahagia dan sihat sepanjang hidup saya, menjadi pelakon selalu membuat saya terbahagi kepada banyak sisi.

Emma Watson rasa tenang bila berhenti berlakon.

"Bukan sahaja kerana watak yang dimainkan, tetapi juga imej awam yang perlu sentiasa dijaga jadi ia benar-benar penat,” ujarnya.

Biarpun begitu Emma akui timbul rasa bimbang ketika awal dia nekad membuat keputusan tersebut. 

Namun segalanya berubah apabila dia semakin membiasakan diri tanpa dibayangi populariti atau perhatian peminat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Watson dituduh tak profesional tinggalkan set penggambaran, akhirnya pengarah buka mulut!

ARTIKEL BERKAITAN: Lesen memandu Emma Watson digantung 6 bulan, didenda RM5,900 kerana pandu melulu

“Sejujurnya, saya sangat takut tetapi saya belajar bahawa kadang-kala perkara yang paling sukar itulah sebenarnya langkah yang betul. Kini saya bangga kerana berani melakukannya. 

“Saya kini boleh menjadi seorang kakak, anak, sahabat, cucu dan seniman yang lebih baik. Saya juga lebih jernih dalam berfikir," luahnya. 

Kali terakhir Watson muncul dalam filem Little Women (2019) malah mengakui pernah bekerja terlalu keras hingga hidupnya terasa kosong.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain