suria

Salman Khan akui silap sendiri punca gagal dalam percintaan, impi timang anak

Salman masih diselubungi trauma akibat gagal dalam percintaannya.

PELAKON Salman Khan mengaku dirinya menjadi punca kegagalan hubungan cinta terdahulu.

Salman, 59, berkata, dia tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya menerima hakikat setiap hubungan  yang tidak menjadi adalah kerana kelemahan dirinya. 

"Kalau tak jadi, memang tak jadi. Kalau ada individu yang patut dipersalahkan, sayalah sendiri," katanya. 

Salman dan Sangeeta sepatutnya berkahwin pada 27 Mei 1994.

Bintang filem Bajrangi Bhaijaan itu berkongsi perkara itu menerusi program bual bicara terbaharu Prime Video berjudul Two Much yang dihoskan Twinkle Khanna dan Kajol. 

Dalam masa sama, Salman turut terbuka mengenai soal cinta dan impian bergelar bapa. 

"Saya pasti akan ada anak satu hari nanti. Lambat-laun pasti ada,"katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN:Salman Khan trauma dengan perkahwinan tak jadi, kekal bujang pada usia 60 tahun

ARTIKEL BERKAITAN:Peminat tidur bermalam di balkoni rumah, Salman Khan pasang kaca kalis peluru

Bercerita mengenai hubungan cinta, Salman menjelaskan sesuatu perhubungan boleh runtuh apabila pasangan tidak berkembang seiring. 

"Apabila seorang pasangan berkembang lebih daripada seorang lagi, di situlah mula timbul jurang dan rasa tidak selamat. 

"Jadi kedua-duanya kena berkembang bersama dan saling beri ruang,"katanya. 

Untuk rekod, Salman hampir melangsungkan perkahwinan dengan aktres Sangeeta Bijlani pada 27 Mei 1994, namun berkecai sekelip mata setelah dia dikatakan curang dengan Somy Ali beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Trauma yang menghantui dirinya antara faktor pelakon itu enggan mendirikan rumah tangga sehingga ke hari ini.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain