PELAWAK asal Korea Selatan, Lee Jin Ho sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia ditahan pihak berkuasa atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
Balai Polis Daerah Yangpyeong mengesahkan perkara tersebut memberitahu pihak mereka membuat penahanan sekitar pukul 3 pagi pada Rabu.
Lee boleh berdepan hukuman berat.
Menurut laporan, pelawak itu telah memandu sejauh 100 kilometer dari daerah Incheon.
"Kami menerima laporan bahawa Lee memandu dalam keadaan mabuk di Incheon. Hasil kerjasama dengan pihak berkuasa, dia ditahan sebaik sahaja tiba di Yangpyeong," kata pegawai polis.
Siasatan awal mendapati kepekatan alkohol dalam darahnya berada pada kadar 0.11 peratus, cukup tinggi untuk lesen memandu ditarik semula.
ARTIKEL BERKAITAN: Jimin BTS tanggung rugi RM318,000, baik hati tolong Lee Jin Ho langsai hutang judi
ARTIKEL BERKAITAN: Video di blok pangsapuri jadi bukti, beri bayangan Jimin BTS dan Song Da Eun sah bercinta
Lee kemudian dibebaskan buat sementara waktu dan akan menjalani proses soal siasat dalam masa terdekat.
Pada Oktober tahun lalu nama Lee menjadi bualan ramai selepas dia didakwa terlibat dalam kegiatan perjudian haram secara atas talian.
Kes tersebut masih belum selesai dan kini telah dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya Daerah di Seoul.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube