suria

Ibarat mahu balas dendam, Ray J bantu pihak berkuasa untuk hukum keluarga Kardashian... "Kes mereka lebih teruk daripada P Diddy"

Ray J bakal mendedahkan kesalahan besar Kim Kardashian.

PENYANYI Ray J didakwa mahu 'membalas dendam' terhadap Kim Kardashian dan ibunya, Kris Jenner apabila mendakwa kini bekerjasama dengan pihak berkuasa membina kes RICO (Racketeer Influenced and Corrupt Organisations) terhadap mereka.

RICO adalah undang-undang jenayah di Amerika Syarikat yang lazim digunakan untuk mendakwa kartel dadah serta kumpulan jenayah terancang. 

Dalam satu sesi siaran langsung bernama Chrisean Rock yang tular di platform X, Ray,44, mendakwa kes itu bakal mengejutkan ramai. 

Ray J akan bina kes Rico terhadap Kris dan Kim. 

"Kes Rico yang saya akan jatuhkan ke atas Kris dan Kim memang gila. Sesiapa yang baik dengan Kim, lebih baik beritahu dia sekarang kerana pihak berkuasa akan datang. 

"Malah ia lebih teruk daripada (kes) P Diddy," katanya. 

Bagaimanapun Ray J tidak mengulas lanjut dan tiada bukti kukuh yang mengesahkan dakwaan berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun belajar, Kim Kardashian akhirnya genggam ijazah undang-undang

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian tak setuju anak buat kerja sekolah di rumah, perlu rehat luang waktu bersama keluarga

 

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ray J menimbulkan isu terhadap keluarga Kardashian. 

Pada 2022, dia pernah mengecam Kris selepas wanita itu lulus ujian poligraf dengan mendakwa tidak terbabit dalam penyebaran video seks Ray J bersama Kim pada 2007. 

Ray J mengakui skandal video itu menjadi titik hitam dalam hidupnya serta menjejaskan reputasi sehingga kini, apatah lagi selepas bergelar bapa kepada dua anak. 

 

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain