PEMPENGARUH media sosial Richard Lee tampil memberikan bantuan undang-undang kepada dua wanita yang dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual seorang ulama terkenal di Bekasi, Indonesia.
Richard,40, berkata, perkenalan dengan kedua-dua wanita itu bermula ketika mereka menjadi tetamu dalam podcast di saluran YouTube miliknya.
"Pelakunya seorang ulama yang cukup dikenali di kawasan Bekasi," katanya.
Pengakuan dua wanita itu mengenai insiden berkenaan nyata membuat Richard berang dan menyifatkan perbuatan tersebut sudah melampau.
Richard Lee bela nasib wanita gangguan seksual.
“Ketika rakaman podcast itu pun darah saya mendidih, bagi saya perbuatan orang ini memang sudah melampau,” katanya.
Richard mengakui pada mulanya dia bimbang untuk mengetengahkan isu itu kerana khuatir akan menjejaskan imej Islam, namun tindakan suspek sudah merosakkan nama agama.
"Bagi saya, tingkah lakunya sudah keterlaluan dan merosakkan nama Islam,"katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibarat mahu balas dendam, Ray J bantu pihak berkuasa untuk hukum keluarga Kardashian... "Kes mereka lebih teruk daripada P Diddy"
ARTIKEL BERKAITAN: Salman Khan akui silap sendiri punca gagal dalam percintaan, impi timang anak
Bagi memastikan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya, Richard memutuskan untuk menyediakan bantuan guaman menerusi pasukan undang-undangnya yang diketuai peguam Jefri Simatupang.
“Saya bersama pasukan guaman dan syarikat saya akan bantu mangsa ini sehingga mereka mendapat keadilan sewajarnya,” jelasnya.
Richard menegaskan bantuan diberikan itu atas rasa kemanusiaan kerana kedua-dua wanita itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan suspek.