suria

Nissa Sabyan didakwa hamil anak pertama, bapa malas layan siap tutup pagar

Nissa pilih kunci mulut berhubung kehamilan.

MELIHAT perubahan pada tubuh badan penyanyi Nissa Sabyan semasa mengadakan persembahan di sebuah acara membuatkan ramai menyangka dia sedang hamil anak pertama.

Menerusi video yang tular di media sosial, bahagian perut anggota kumpulan nasyid Sabyan Gambus itu dilihat sedikit buncit selain dia berhati-hati dalam pergerakkannya.

Tampil menjawab mengenai perkara itu, bapanya iaitu Haji Komar menyangkal khabar angin berkenaan.

Perubahan bentuk badan Nissa jadi bualan.

"Belum-belum (hamil)," katanya ringkas memetik laporan Suara.com.

Dia yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu memilih untuk menutup pagar rumahnya daripada terus disoal media.

Sehingga kini, Nissa masih mengunci mulut berkenaan perkara itu.

Untuk rekod, Nissa mendirikan rumah tangga bersama Ayus Sabyan pada Julai 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Nissa Sabyan dan Ayus sah bernikah, bekas isteri lega kebenaran akhirnya terbongkar

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu berkongsi kasih dengan Nissa Sabyan, isteri Ayus nekad tuntut cerai

Sebelum itu, Ayus pernah mendirikan rumah tangga bersama Ririe Fairus pada 2012 dan bercerai pada Mac 2021.

Ririe mendedahkan keretakan rumah tangganya bersama Ayus disebabkan kehadiran orang ketiga iaitu Nissa yang didakwa bermain cinta dengan bekas suaminya sejak 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain