PELAKON Tyrese Gibson berdepan tindakan undang-undang selepas haiwan peliharaannya didakwa didakwa membunuh seekor anjing milik seorang penduduk di kawasan kejiranannya di Atlanta, Amerika Syarikat.
Berdasarkan dokumen mahkamah, waran tangkap berhubung kesalahan kezaliman terhadap haiwan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa pada 22 September lalu.
Ketika pemantauan, Tyrese enggan menyerahkan anjingnya.
Kejadian berlaku pada 18 September apabila empat ekor anjing miliknya dilihat berkeliaran sebelum menyerang dan membunuh seekor anjing berusia lima tahun bernama Henry.
Pemilik Henry memberitahu, dia hanya melepaskan anjingnya keluar selama lima minit sebelum menemui haiwan kesayangannya mati berlumuran darah.
Laporan juga menyebut anjing berkenaan mengalami kecederaan serius pada bahagian rusuk dan perut akibat diserang.
ARTIKEL BERKAITAN: Hampir empat tahun kahwin, Tyrese Gibson ambil keputusan bercerai - “Kami akan tetap berkawan baik demi kebaikan anak”
ARTIKEL BERKAITAN: Will Smith Bantu Tyrese RM21 Juta
Difahamkan, Tyrese sebelum ini sudah beberapa kali menerima amaran daripada pihak berkuasa kerana anjing-anjingnya sering berkeliaran di kawasan kejiranan.
Namun ketika polis dan pihak kawalan haiwan hadir ke rumahnya untuk mengambil empat ekor anjing tersebut, pelakon berusia 46 tahun itu enggan menyerahkannya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube