suria

Bapa Ayu Ting Ting tayang pakai barang kemas, netizen ingatkan hukum dalam Islam

Ayu (kiri) bersama bapanya, Abdul Rozak.

BAPA kepada penyanyi Ayu Ting Ting, Abdul Rozak mencuri perhatian netizen selepas tular sebuah video memaparkan dirinya mengenakan pelbagai hiasan barang kemas. 

Menerusi rakaman tersebut, Abdul Razak atau lebih mesra di sapa Ayah Ojak dilihat menggayakan lima bentuk cincin bersama seutas gelang tangan bersaiz besar. 

"Tak tahan, cincin saja ada lima, gelang pula dah macam rantai kereta," kata si perakam video berseloroh. 

Aksi bapa Ayu (kiri) menayangkan barangan kemas menerima teguran ramai.

Malah, Abdul Rozak turut bergurau dengan mengatakan penampilannya yang penuh perhiasan itu adalah sebagai lambang 'selebriti papan atas'. 

"Ini maksudnya artis papan artis (popular)," ujarnya. 

Pun begitu, aksi menunjuk-nunjuk tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang mengingatkan tentang penyakit ain iaitu pandangan boleh membawa kemudaratan apabila sesorang terlalu suka menunjuk-nunjuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 20 tahun bergelar penyanyi, ibu urus kewangan Ayu Ting Ting

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting kembali temui cinta baharu, netizen ramal hubungan bakal kecundang lagi

Beberapa komen turut membangkitkan isu hukum agama berkaitan pemakaian emas oleh lelaki dalam Islam.

"Hati-hati dengan penyakit ain, jangan terlalu suka menunjuk. 

"Dalam Islam, haram bagi lelaki emas dan sutera," tulis netizen. 

Sebagai makluman, dalam ajaran Islam, pemakaian emas oleh lelaki adalah diharamkan.

Hukum ini bersandarkan kepada beberapa hadis sahih yang melarang lelaki Muslim daripada mengenakan perhiasan emas, sama ada dalam bentuk cincin, rantai, atau gelang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain