PELAKON Jeon Hye Bin terpaksa menanggung kerugian sebanyak kira-kira RM45,000 sewaktu melancong di Bali, Indonesia baru-baru ini.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Hye Bin yang memberitahu kad kredit miliknya dicuri dan diguna tanpa kebenaran.
"Kad kredit saya dicuri di kawasan ini (Ubud) dan sebanyak 15 juta KRW telah digunakan tanpa kebenaran," katanya.
Hye Bin dan keluarga kini sedang menikmati percutian di Bali.
Hye Bin berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Dalam pada itu, pelakon drama Another Miss Oh ini mengingatkan pelancong lain agar lebih berhati-hati sekiranya tidak mahu mengalami nasib yang sama.
"Kepada semua yang berada di Ubud atau merancang untuk ke sini tidak lama lagi, sila hati-hati. Kejadian ini berlaku dalam masa 10 minit sahaja selepas kad saya hilang," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jeon Hye Bin kongsi foto perkahwinan tapi tutup wajah suami
ARTIKEL BERKAITAN: Jeon Hye Bin umum hamil empat bulan, sedang persiapkan diri bergelar ibu
Sebelum ini, Hye Bin berkongsi foto di Instagram memaklumkan dia dan suami yang juga merupakan seorang doktor gigi bersama anak-anak mereka bercuti ke Bali untuk meraikan ulang tahun kelahiran cahaya mata sulung yang ketiga.
Dalam hantaran lain, Hye Bin turut berkongsi momen istimewa mengimbau kembali saat dia dan suami melangsungkan pernikahan di pulau berkenaan.
Untuk rekod, Hye Bin dan suami berkahwin pada 7 April 2022 dan melahirkan anak pertama pada 1 Oktober tahun sama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube