suria

Mariah Carey mengaku masih tak kenal Jennifer Lopez

Mariah Carey masih tak kenal Jennifer Lopez.

SELEPAS lebih dua dekad, penyanyi terkenal Mariah Carey sekali lagi menegaskan dia masih ‘tidak mengenali’ Jennifer Lopez.

Pengakuan itu dibuat ketika Mariah muncul dalam program Watch What Happens Live with Andy Cohen baru-baru ini apabila pengacara Andy Cohen mengimbas semula kenyataan viral pada tahun 2003 dalam satu wawancara televisyen di Jerman.

Ketika itu, Mariah hanya menjawab ringkas tidak mengenali penyanyi dan pelakon itu sehingga menjadi bahan bualan sehingga kini.

Mariah Carey tetap dengan pendirian tak kenal Jennifer Lopez.

“Waktu itu saya jujur. Saya tak faham kenapa ia jadi isu besar. Biasanya kejujuran tak sepatutnya jadi sensasi,” katanya.

Ketika Cohen cuba menarik perhatian dengan mengajukan pertanyaan bagaimana hubungannya dengan Jennifer ketika ini, Mariah hanya menarik nafas panjang sebelum menjawab secara sinis.

“Bagaimana saya boleh tiba-tiba mengenalnya, kan?,” katanya sambil disambut dengan gelak tawa penonton di studio.

ARTIKEL BERKAITAN:  Jennifer Lopez cari pengganti Ben Affleck, mahu bakal suami bukan dalam kalangan selebriti

ARTIKEL BERKAITAN: Mariah Carey hanya ‘mesin ATM’ buat keluarga, tak ziarah kakak sebelum meninggal dunia

Rakaman temu bual tersebut tular di Instagram dan peminat menyifatkan Mariah sebagai ‘forever iconic’ dan ‘queen of shade’.

Sementara itu, Jennifer Lopez pernah membalas kenyataan Mariah menerusi rancangan The Wendy Williams Show pada 2016 dengan menyifatkan penyanyi itu seorang pelupa dan menegaskan mereka sudah bertemu banyak kali.

Namun, pada tahun sama Mariah sekali lagi menegaskan dia memang tidak mengenali Lopez.

“Mungkin saya pelupa. Tapi kalau hanya sekadar ‘hai’ kemudian berlalu, adakah itu bermaksud saya mengenalnya? Saya tak tahu dia. Saya nak cakap apa lagi?,” katanya.

Untuk info, Jennifer dan Mariah sebelum ini dilaporkan bergaduh apabila bekas suami Mariah, Tommy Mattola didakwa menggunakan Jennifer untuk menjatuhkan kariernya selepas mereka bercerai pada 1998.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain