TINDAKAN keterlaluan pasukan keselamatan peribadi pelakon Byun Woo Seok di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan tahun lalu akhirnya menerima pada apabila dijatuhi hukuman denda.
Pada Khamis, Hakim Shin Heung Ho memutuskan seorang pengawal keselamatan dan sebuah syarikat keselamatan didenda sebanyak 1 juta won Korea (RM3,100) selepas didapati bersalah melanggar Akta Perkhidmatan Keselamatan.
Kedua-duanya didakwa kerana menggunakan kekerasan dan kuasa melebihi skop tugas ketika mengawal Woo Seok yang ketika itu berada di lapangan terbang untuk berlepas ke luar negara.
Peminat kecewa dengan Woo Seok.
Insiden tersebut mencetuskan kontroversi apabila pengawal keselamatan dilihat menggunakan lampu suluh ke arah penumpang lain, memeriksa tiket penerbangan mereka, serta menghalang orang awam daripada menggunakan ruang rehat VIP di lapangan terbang.
Perbuatan menyuluh lampu suluh dianggap sebagai bentuk kekerasan fizikal dan tidak termasuk dalam skop tugas keselamatan biasa.
Selain itu, mahkamah turut menegur tindakan pelakon itu sendiri yang dilihat tidak berusaha mengelakkan suasana sesak dan kekecohan dengan mengatur pergerakannya secara lebih tertutup.
Sementara itu, rata-rata netizen Korea meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Byeon Woo Seok yang seolah-olah cuba berlagak seperti mangsa dalam situasi ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Artis dapat laluan khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, semua gara-gara Byun Woo Seok
ARTIKEL BERKAITAN: Tulis komen negatif dan fitnah, syarikat pengurusan Byun Woo Seok bakal ambil tindakan terhadap netizen
“Apa ni, sekarang dia pula nak berlakon jadi mangsa? Kelakar!
“Nasib baik mahkamah ambil tindakan. Sekurang-kurangnya ini jadi pengajaran.
“Sejak kejadian itu, terus rasa kurang suka dengan dia. Macam terlalu bangga bila peminat serbu," tulis netizen.
Insiden ini turut membuka perbincangan hangat mengenai batas antara keselamatan artis dan hak orang awam, terutama di ruang awam seperti lapangan terbang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube