NAMA penyanyi Indonesia, Ashanty menjadi bahan kritikan netizen selepas didakwa bersikap kejam dengan merampas aset bekas pekerjanya, Ayu Chairun Nurisa.
Antara barangan yang didakwa dirampas termasuk satu unit iPhone 15 Pro, sebuah komputer riba, kad pengenalan (KTP), kad mesin pengeluaran automatik (ATM) serta nombor akaun bank milik Ayu.
Tampil membersihkan namanya, Ashanty menafikan segala tuduhan dibuat dan menjelaskan bekas pekerjanya itu sebenarnya berdepan dengan kesalahan penggelapan dana dalam syarikat miliknya.
Peguam Ashanty kemuakan dokumen penyerahan aset.
Menurut Ashanty, dia tidak pernah memaksa atau merampas harta milik Ayu, sebaliknya aset tersebut diserahkan secara sukarela atas kesedaran bekas pekerjanya itu sendiri.
Ashanty juga menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ayu kerana mencemarkan nama baiknya.
Sementara itu, peguam Ashanty, Indra Tarigan mendedahkan dokumen rasmi mengenai penyerahan aset yang dilakukan pada 22 Mei lalu sebagai bukti penafian.
ARTIKEL BERKAITAN: Stres fikir nasib 200 pekerja selepas perniagaan ditutup, Ashanty jumpa psikiatri
ARTIKEL BERKAITAN: Susah tidur dan sering sesak nafas, Ashanty rupanya diganggu jin
“Semua dakwaan bahawa Ashanty merampas aset adalah tidak benar dan berniat jahat,” katanya.
Sebelum ini, peguam Ayu mengakui telah membuat laporan polis terhadap Ashanty atas tuduhan perampasan aset secara paksa.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube