suria

Bradley Cooper ‘buang’ Leonardo DiCaprio demi Gigi Hadid

Leonardo dan Bradley rengang hubungan disebabkan perempuan.

HUBUNGAN rapat antara dua bintang Hollywood, Bradley Cooper dan Leonardo DiCaprio dikhabarkan semakin renggang sejak Cooper menjalinkan hubungan cinta dengan supermodel Gigi Hadid.

Menurut laporan RadarOnline.com, pelakon itu mengambil keputusan untuk menjaga jarak daripada DiCaprio selepas cintanya dengan Hadid semakin serius.

Menurut sumber, Cooper adalah seorang lelaki yang sangat budiman dan tidak sanggup melukakan hati sesiapa, terutama apabila melibatkan soal persahabatan.

Bradley tak berkawan dengan Leonardo disebabkan wanita.

“Cooper terlalu gentleman untuk terus berkawan rapat dengan seseorang yang pernah memperlakukan kekasihnya dengan buruk,” katanya. 

Sebelum ini, Hadid dan DiCaprio pernah dikaitkan secara romantik sejak September 2022 hingga pertengahan 2023, namun hubungan singkat itu berakhir tidak lama sebelum Hadid mula rapat dengan Cooper.

Dalam pada itu, sumber sama turut mendedahkan bahawa DiCaprio sukar menerima perubahan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bradley Cooper romantik sambut ‘birthday’ kekasih, mata netizen nampak cincin di jari manis Gigi Hadid

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi minum Starbucks, Gigi Hadid dituduh hipokrit lantang bersuara tentang Palestin

“DiCaprio menganggap Cooper seperti adik sendiri dan kini dia benar-benar merindukannya.

“Dia kecewa kerana berasa Cooper melanggar ‘kod persaudaraan’ mereka dan tidak memahami mengapa dia begitu tertarik pada Hadid,” katanya.

Sementara itu, hubungan Cooper dan Hadid dilihat semakin kukuh apabila mereka sering dilihat bersama menghadiri acara hiburan dan majlis keluarga.

 

 

 

 

 

Artikel Lain