suria

Berkahwin bukan untuk lari daripada kesunyian, RM BTS sedia cari pasangan hidup

RM sedia berumah tangga.

ANGGOTA kumpulan BTS, RM memberitahu dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga sekiranya dipertemukan dengan wanita yang tepat. 

Namun RM atau Kim Nam Joon, 32, enggan terlalu berfikir soal jodoh dan akur sekiranya dia kekal hidup sendiri tanpa pasangan. 

"Saya kini sudah berusia 32 tahun, jika bertemu dengan orang yang betul dan tepat pada waktunya saya akan berkahwin. 

RM berpendapat setiap individu berhak memilih untuk tidak berkahwin. 

"Atau mungkin saya akan kekal hidup sendiri seperti ini. Tiada jawapan yang tepat untuk soalan itu," katanya. 

RM berkongsi perkara itu dalam satu temu bual ketika membincangkan soal persepsi berkaitan perkahwinan yang sering menjadi bualan ramai. 

Tambah RM, setiap individu ada pilihan tersendiri untuk merancang kehidupan dan perkahwinan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk lari daripada kesunyian. 

ARTIKEL BERKAITAN: RM BTS menang American Music Awards 2025, tewaskan Rose Blackpink dan Stray Kids 

ARTIKEL BERKAITAN: RM derita insomnia, pernah 2 hari tak tidur di kem ketenteraan

"Sekarang ini ramai orang rasa tertekan tentang perkahwinan. Saya rasa masyarakat selalu beri tekanan soal anak dan macam-macam lagi. Saya cuma harap semua orang boleh hidup ikut cara sendiri. 

"Kalau seseorang tak tahan hidup sendiri, adakah dia jadi lebih baik selepas berkahwin? Jadi rasa orang yang selesa hidup seorang diri, dia juga boleh selesa hidup dengan orang lain. 

"Kalau berkahwin semata-mata sebab nak lari daripada rasa sunyi, saya rasa itu bukan alasan yang tepat," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain