suria

Tiada lagi rahsia, Switzerland jadi saksi cinta El Rumi dan Syifa Hadju

Mereka dipercayai menjalinkan hubungan sejak 2024.

ANAK kepada penyanyi dan komposer terkenal Ahmad Dhani iaitu El Rumi melamar kekasih hatinya, Syifa Hadju selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh pasangan berkenaan menerusi satu hantaran di akaun Instagram masing-masing. 

Menerusi foto yang dimuat naik, El dilihat romantik apabila melutut sambil menghulurkan sebentuk cincin kepada Syifa ketika mereka sedang bercuti di Lauterbrunnen, Switzerland.

El akhirnya melamar Syifa sebagai calon isterinya.

Syifa yang terkejut dengan lamaran tersebut turut kelihatan tersipu malu sebelum menerima kejutan istimewa itu.

"Di tempat yang selalu saya impikan, saya telah berkata ‘ya’ kepada insan yang sentiasa terasa seperti rumah buat saya. Bismillah 02.10.25," tulis Syifa di ruangan kapsyen.

Momen romantik pasangan ini menarik perhatian ramai yang rata-rata meluahkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah atas lamaran tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Menang di gelanggang, tak kalah dalam bergaya... Ini antara koleksi jam tangan mewah El Rumi

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu mesra, netizen nasihat anak Ahmad Dhani dan kekasih jaga batas masih belum kahwin

Bagaimanapun, pasangan ini masih belum berkongsi sebarang tarikh bahagia mengenai perkahwinan mereka.

Untuk rekod, hubungan pasangan selebriti ini mula menjadi perhatian sekitar Julai tahun lalu selepas mereka menghadiri majlis pernikahan pasangan Thariq Halilintar dan Aaliyah Massaid.

Namun pasangan itu lebih selesa mengunci mulut berkenaan hubungan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain