suria

Park Bom tiba-tiba ‘unfollow’ semua di Instagram kecuali Lee Min Ho

Park Bom didakwa terlalu obses dengan Min Ho (kiri).

BEKAS anggota kumpulan 2NE1, Park Bom sekali lagi menjadi perhatian netizen susulan tindakan pelik yang dilakukan di media sosial miliknya.

Menurut laporan Allkpop, peminat mula menyedari jumlah 'following' di Instagram milik penyanyi berkenaan semakin berkurangan dengan mendadak. 

Lebih mengejutkan apabila Park Bom mula nyahikut (unfollow) semua orang termasuk anggota kumpulan 2NE1 dan kakitangan syarikat pengurusan, namun hanya tinggal seorang selebirti sahaja yang diikuti iaitu pelakon Lee Min Ho. 

Park Bom hanya mengikuti Min Ho di Instagram.

Tindakan Park Bom ini menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan peminat, malah pelbagai spekulasi turut dibuat mengenai maksud sebenar di sebalik kelakuan penyanyi berkenaan. 

Ada peminat yang menganggap ia mungkin sekadar gurauan, namun tidak kurang juga yang risau dengan tindakan itu. 

"Memang sangat jelas dia (Park Bom) memerlukan bantuan. Saya harap dapat bantuan yang diperlukan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Park Bom cetus kebimbangan peminat, sekali lagi 'tag' Lee Min Ho di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Min Ho tak kenal Park Bom secara peribadi, gosip dah jadi suami tidak berasas

"Situasi ini sungguh menyedihkan, kasihan 2NE1," tulis netizen. 

Sebelum ini, Park Bom pernah beberapa kali menunjukkan rasa kagumnya terhadap Lee Min Ho dan menyebut pelakon drama The King: Eternal Monarch itu sebagai suaminya dan berkongsi gambar suntingan menunjukkan mereka berdua bersama. 

Bagaimanapun, pihak agensi Lee Min Ho menegaskan bahawa mereka berdua tidak pernah bertemu secara langsung.

Untuk rekod, Park Bom baru saja mengumumkan berehat daripada aktiviti seni pada Ogos lalu atas faktor kesihatan manakala 2NE1 kini aktif dengan tiga ahli iaitu CL, Dara dan Minzy. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain