suria

Bekas pekerja sedia berdamai, letak syarat Ashanty tarik laporan polis

Bekas pekerja Ashanty sedia berdamai dengan satu syarat.

BEKAS pekerja kepada penyanyi dan usahawan, Ashanty iaitu Ayu Chairun Nurisa bersedia untuk menyelesaikan konflik yang sedang berlaku antara mereka secara damai.

Kompas melaporkan, Ayu bersedia menarik semula tiga laporan polis yang telah dibuat dengan syarat penyanyi berkenaan turut menarik balik laporan yang menjadi punca utama pertikaian itu tercetus.

Ashanty berdepan kemelut dengan bekas pekerja.

“Kalau mereka tarik balik laporan polis, kami juga akan tarik balik laporan kami,” katanya.

Sebelum ini, Ayu telah membuat dua laporan terhadap Ashanty di Polres Metro Jakarta Selatan berkaitan dakwaan perampasan aset serta akses tanpa izin ke sistem peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashanty tepis tuduhan rampas harta bekas pekerja, sedia tunjuk bukti

ARTIKEL BERKAITAN: Stres fikir nasib 200 pekerja selepas perniagaan ditutup, Ashanty jumpa psikiatri

Tindakan itu merupakan tindak balas terhadap laporan yang terlebih dahulu dibuat oleh Ashanty terhadap Ayu di Polresta Tangerang Selatan atas dakwaan penyelewengan dana syarikat berjumlah sekitar Rp 2 bilion (RM610,000). 

Peguam mewakili Ayu menjelaskan bahawa cadangan perdamaian ini dibuat berikutan sikap klien mereka yang sentiasa memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan dijalankan.

Tambahnya, penyelesaian luar mahkamah adalah langkah terbaik bagi mengelakkan konflik itu terus berlarutan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain