PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mendedahkan penyanyi rap P. Diddy telah memohon pengampunan daripadanya selepas dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah New York pada 3 Oktober lalu.
Menerusi temu bual yang dilakukan oleh wartawan Jake Sherman dari White House, Trump mengesahkan P. Diddy ada membuat permohonan tersebut apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama empat tahun atas kes pelacuran.
“Daddy telah meminta saya untuk pengampunan," jawabnya ringkas.
Menerusi temu bual sebelum ini, Trump turut mengulas kemungkinan memberi pengampunan kepada penyanyi rap berkenaan.
P. Diddy dijatuhkan hukuman penjara empat tahun atas kesalahan kes pelacuran.
“Mungkin hmm. Saya pernah rapat dengannya dulu. Hubungan kami baik. Dia juga nampak seperti orang yang baik.
“Saya tak kenal dia dengan dekat. Tapi ketika saya bertanding, dia agak bermusuhan,” lapor Mirror.
Pada 3 Oktober lalu, Diddy atau Sean John Combs, 55, dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun serta denda sebanyak AS$500,000 (RM2.35 juta) atas kesalahan membawa dua bekas teman wanitanya ke luar negeri untuk tujuan pelacuran.
Hakim Persekutuan Arun Subramanian menyatakan bahawa Diddy atau Sean John Combs, 55, telah menyalahgunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai selebriti untuk memperhambakan dan mengawal dua bekas wanitanya iaitu Cassandra Ventura dan seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Jane.
ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy dipenjara empat tahun atas kes pelacuran
ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy didapati bersalah atas dua tuduhan pelacuran
Peguam P. Diddy mengumumkan rancangan untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu dengan alasan bahawa terdapat unsur tidak konsistenan dalam keputusan juri dan kenyataan hakim sepanjang perbicaraan.
Sementara itu, peguam Diddy, Marc Agnifilo dan Brian Steel ketika bercakap di luar mahkamah pada Jumaat lalu berkata mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Pada Julai lalu, juri yang terdiri daripada 12 warga New York mendapati Diddy tidak bersalah atas tuduhan pemerdagangan seks dan kegiatan jenayah terancang yang boleh disabitkan hukuman penjara seumur hidup.
P. Diddy sebelum ini ditahan pihak polis di sebuah hotel di Manhattan, Amerika Syarikat pada 16 September 2024.
Mahkamah Persekutuan New York menolak permohonan ikat jamin terhadap Diddy sebaliknya memerintahkan penyanyi itu ditahan di penjara sementara menanti perbicaraan kes tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube