PENGARAH dan penerbit India, B Hemant Kumar ditahan polis selepas seorang pelakon wanita membuat laporan mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual, penipuan serta ugutan jenayah.
Menurut laporan, kejadian itu bermula pada tahun 2022 apabila mangsa ditawarkan watak utama dalam filem berjudul 3 dengan bayaran sebanyak Rs 2 lakh (RM11,300), namun hanya menerima Rs 60,000 (RM3,400) sebagai bayaran awal.
Penggambaran filem berkenaan bagaimanapun sering tertangguh dan Hemant didakwa mula mengganggu pelakon tersebut dengan memaksanya memakai pakaian tidak sopan serta melakonkan babak berunsur lucah.
Hemant Kumar didakwa melakukan pelbagai ugutan kepada pelakon berkenaan.
Walaupun penggambaran akhirnya diselesaikan, Hemant dikatakan terus mengganggu dan menakut-nakutkan mangsa.
Lebih mengejutkan, pada tahun 2023, ketika sesi promosi filem itu di Mumbai, Hemant didakwa mencampurkan bahan terlarang ke dalam minuman pelakon itu sebelum merakam video ketika dia berada dalam keadaan mabuk.
Apabila ugutan untuk memeras wang tidak diendahkan, Hemant didakwa menghantar beberapa individu untuk mengekori serta mengancam keselamatan pelakon berkenaan dan ahli keluarganya.
ARTIKEL BERKAITAN: Janji watak utama kalau setuju ke ranjang, pengarah lelaki ditahan polis
ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal tak sudah, Kiku Sharda tak sempat jawab panggilan terakhir ibu sebelum meninggal dunia
Selain itu, Hemant juga dituduh menyebarkan klip filem tanpa kelulusan Lembaga Penapisan Filem, selain mendedahkan maklumat peribadi mangsa di media sosial.
Walaupun mahkamah sivil Bengaluru telah mengeluarkan perintah injunksi sementara bagi menghalangnya memuat naik video berunsur fitnah, Hemant dikatakan masih melanggar perintah itu dan meneruskan perbuatannya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube