suria

Bekas suami didakwa dera Denise Richards, hantuk kepala ke dinding

Aaron didakwa mengasari Denise ketika mereka masih sah bergelar suami isteri.

PELAKON Denise Richards mendakwa bekas suaminya, Aaron Phypers bertindak ganas apabila menolak dan mencekiknya hingga menyebabkan kecederaan di kepala.

Keterangan ini disampaikan oleh sepupu Phypers, Kathleen McAllister di mahkamah secara dalam talian sebagai sokongan permohonan Denise untuk mendapatkan perintah larangan kekal terhadap bekas suaminya. 

Phypers didakwa telah mengasari Denise secara fizikal.

McAllister yang pernah bekerja dengan Phyper di pusat rawatan holistik miliknya di Malibu, California dari tahun 2017 hingga 2022 mendakwa menyaksikan sendiri kejadian berkenaan di kawasan tempat letak kereta pejabat lelaki itu.

“Dia (Aaron) mencekik Denise dan kepala Denise terhantuk kuat pada dinding konkrit hingga menyebabkan gegaran otak,” katanya. 

Katanya lagi, insiden itu berlaku dengan pantas dan dia bimbang Denise boleh maut akibat kecederaan tersebut.

Ketegangan semakin serius dari Januari hingga Mei 2022, termasuk kejadian Phypers memukul Denise hingga lebam mata.

Pertengkaran dikatakan berpunca daripada Phypers mengesyaki Denise memasang alat pengintip selain dipengaruhi oleh pengambilan alkohol. 

ARTIKEL BERKAITAN: Denise Richards dakwa suami lakukan keganasan rumah tangga, fail perintah larangan sementara

ARTIKEL BERKAITAN: Bersalah dera anak dan fitnah suami, Lee Areum dipenjara 8 bulan

McAllister juga berkata Phypers pernah mengugut untuk membunuh mereka jika rahsia itu didedahkan.

Bagaimanapun Phypers menafikan semua tuduhan dan menuduh Denise sebagai pihak agresif. 

Untuk rekod, Denise dan Phypers berkahwin pada 2018, namun bercerai pada 4 Julai 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain