PENYANYI Cardi B yang kini sedang hamil anak keempat tampil memberi jawapan jujur dan bersahaja apabila ditanya mengapa dirinya sering hamil.
Menerusi satu hantaran di platform X, Cardi memuat naik 'meme' yang memaparkan seseorang sedang menangis bersama kapsyen mendedahkan dia kini berasa tidak selesa untuk duduk, baring atau berdiri akibat kehamilan tersebut.
Perkongsian itu menarik perhatian ramai netizen yang mula mempersoalkan mengapa dia masih memilih untuk hamil jika tidak tahan dengan ketidakselesaan itu.

Perkongsian Cardi di laman X.
Dengan nada berseloroh, penyanyi lagu Up itu memberikan jawapan ringkas tetapi mengundang tawa.
"Sebab saya selalu buat seks," tulisnya.
Sebelum ini, Cardi mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat apabila membuat pengumuman mengenai kehamilannya bersama atlet Amerika, Stefon Diggs.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai pelik Cardi B umum hamil anak Stefon Diggs... "Dia belum cerai, teman lelaki pula baru dapat anak dengan perempuan lain"
ARTIKEL BERKAITAN: Offset dakwa isteri curang, Cardi B mengaku main kayu tiga ketika hamil
Berita itu mengundang pelbagai spekulasi memandangkan dia masih belum sah bercerai dengan suaminya iaitu penyanyi rap Offset.
Untuk rekod, Cardi berkahwin dengan Offset pada September 2017 dan bercerai pada September 2020.
Mereka kemudiannya berbaik semula namun tidak kekal lama apabila Cardi memfailkan perceraian pada 31 Julai tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kulture Kiari, 7, Wave Set, 4, dan Blossom yang baru berusia setahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
yang nak gunakan RM5,000 untuk rumah kebajikan">


