suria

Yang Se Chan dedah 12 tahun sembunyikan kanser tiroid... Masih makan ubat sampai sekarang

Se Chan mendedahkan sudah 12 tahun menghidap kanser tiroid.

LAMA menyimpan rahsia, anggota Running Man, Yang Se Chan mendedahkan dia sudah 12 tahun menghidap kanser tiroid.

Menurut Se Chan, dia disahkan menghidap penyakit itu selepas menjalani pemeriksaan kesihatan bersama sekumpulan pelawak.

Katanya, pada ketika itu dia tidak sempat berasa sedih kerana kehadiran rakan-rakan membuatkan suasana menjadi ceria. 

Se Chan pernah cuba mengamalkan gaya hidup sihat selepas pembedahan.

“Awalnya saya mengalami keletihan melampau selama tiga tahun, terutamanya pada waktu petang. Saya tidak sangka ia berpunca daripada penyakit itu.

“Selepas pembedahan, keletihan itu hilang. Sebelum ini saya perlu tidur lebih 10 jam sehari, tetapi sekarang keadaan lebih baik. Namun sehingga kini saya masih perlu mengambil ubat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang ‘Parasite’ Park So Dam umum hidap kanser tiroid... Agensi maklum sudah jalani pembedahan

ARTIKEL BERKAITAN: Huh Gak Umum Hidap Kanser Tiroid

Se Chan berkongsi perkara itu ketika tampil dalam program Problem Child in House bersama Park Si Eun dan Jin Tae Hyun.

Tambahnya, dia pernah cuba mengamalkan gaya hidup sihat selepas pembedahan namun hanya bertahan selama enam bulan.

“Saya mengamalkan makanan sihat selama enam bulan, tetapi saya dapati diri saya tak boleh hidup tanpa nasi jjamppong,” ujarnya berseloroh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain