suria

Rayuan ditolak, bekas anggota NCT Taeil dipenjara 3 tahun 6 bulan akibat serangan seksual

Taeil lakukan jenayah bersama dua rakannya.

BEKAS ahli NCT, Taeil dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Seoul, Korea Selatan. 

Keputusan itu menjadikan hukuman terhadapnya muktamad selepas terlibat dalam serangan seksual berkumpulan pada Jun 2023. 

Mahkamah turut mengarahkan Taeil menjalani program rawatan jenayah seksual selama 40 jam selain menghalangnya daripada bekerja di institusi berkaitan kanak-kanak, remaja dan orang kurang upaya (OKU) selama lima tahun.

Taeil terpaksa terima padah atas jenayah yang dilakukan.

Taeil sebelum ini memohon agar hukumannya diringankan dengan alasan sudah menyerah diri kepada pihak berkuasa secara sukarela.

Bagaimanapun mahkamah menolak alasan itu selepas mendapati dia hanya tampil kerana rumahnya digeledah pihak berkuasa.

Rayuan berkenaan dikatakan tidak kuat kerana tiada bukti yang mencukupi untuk mempertimbangkan pengurangan hukuman.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota NCT, Taeil hadapi perbicaraan rayuan kes rogol berkumpulan

ARTIKEL BERKAITAN: Taeil kena penjara tiga tahun, nama didaftar sebagai pesalah jenayah seksual

Sebelum ini, Taeil disabitkan kesalahan menyerang secara seksual seorang wanita warga asing yang sedang mabuk dan tidak sedarkan diri.

Dia melakukan perbuatan tersebut bersama dua lagi rakannya yang dikenali sebagai Lee dan Hong. 

Mahkamah menyifatkan kesalahan itu sebagai serius dan menjatuhkan hukuman penjara serta penahanan segera terhadap ketiga-tiga individu terbabit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain