PELAKON asal China, Rong Zishan berdepan kontroversi besar selepas didakwa berlaku curang dan melakukan kekasaran fizikal terhadap aktres Li Yuxi yang juga dikatakan bekas kekasihnya.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di media sosial pada 15 Oktober lalu, Yuxi mendakwa Zishan, 19, telah bermain kayu tiga ketika mereka masih menjalinkan hubungan cinta.
Malah, dia turut menuduh aktor itu mengasarinya secara fizikal dan emosi sepanjang perhubungan mereka.

Zishan didakwa berlaku curang dan menyakiti fizikal Yuxi.
Lebih mengejutkan, Yuxi mendakwa Zishan menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita lain secara serentak dan pada masa sama memanipulasi emosinya sehingga menyebabkan dia mengalami kemurungan dan kebimbangan tahap sederhana.
Bagi menyokong dakwaan itu, Yuxi turut memuat naik beberapa tangkap layar mesej perbualan mereka serta sijil perubatan yang didakwa mengesahkan keadaan kesihatannya.
Menurut Yuxi, hubungan mereka bermula sekitar Ogos 2025.
Yuxi juga mendakwa pernah bertemu secara bersemuka dengan Zishan pada Oktober dan dalam pertemuan itu dia telah ditolak serta dibaling ke tanah sebanyak dua kali.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai nak ‘unfollow’ Fasha Sandha sebab pergi majlis resepsi Fattah Amin, Amira Othman... “Menghadiri majlis adalah wajib, kecuali jika uzur”
ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha terima Anugerah Pingat Jasa Baik, tampil anggun mengenakan busana pertunangan berusia 7 tahun
Bagaimanapun, pihak pengurusan Zishan tampil menafikan segala dakwaan yang dibuat oleh Yuxi.
Susulan itu, Yuxi bertindak mendedahkan lebih banyak bukti berbentuk mesej yang seolah-olah menyokong pendedahannya sebelum ini.
Terbaharu, pada 17 Oktober lalu media tempatan melaporkan kedua-dua pelakon itu telah dilihat berada di balai polis, dipercayai bagi memberi keterangan berhubung insiden berkenaan.
Setakat ini, siasatan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Yuxi masih dijalankan pihak berkuasa.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


